Thursday, January 2, 2014

Pilihan di Tangan Kita




" Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka berIBADAH kepadaKu " Al-Dzariyat: 56

" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: (Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi). Mereka berkata: (Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?) Tuhan berfirman: (Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui). Al-Baqarah: 30



Assalamualaikum. Setiap orang pasti mempunyai kisah hidup mereka yang tersendiri. Sama ada baik mahupun buruk, manis ataupun pahit. Sebenarnya, hidup kita semua punya tujuan yang SAMA, iaitu untuk beribadah kepada Allah dan juga sebagai khalifah atas muka bumi.

Namun, kita sentiasa diberi pilihan dalam hidup ini. Pilihan dibuat berdasarkan ketaqwaan dan keimanan kita sebagai hamba Allah. Berubah. Berhijrah. Berhijrah kepada yang lebih baik merupakan satu perkara yang mulia. Mengapa kita semakin menjauh dengan Pencipta kita sendiri sedangkan dalam masa yang sama masa kian berlalu dan kita bakal kembali kepada sang Pencipta pada bila-bila masa sahaja.

Manusia takut untuk berubah lebih baik hanya kerana fikirkan pandangan orang terhadap dia. Sahabat, bukan manusia yang bakal adili kita di akhirat nanti. Bukan manusia yang menjamin kita untuk ke syurga atau neraka. Jauh. Kita semakin jauh dengan Allah, kita semakin lupa kepada junjungan Rasul, kita sering alpa dengan tipu daya dunia.


Mari sama-sama kita bangkit untuk menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Jadikan kisah teladan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pemangkin untuk kita terus berjuang. Pasti kita berasa cemburu dengan sahabat-sahabat Rasulullah, ahlul bait kerana mereka punya iman dan taqwa yang sangat kuat. Walaupun kita penuh dengan dosa, ingat harapan selalu ada selagi nyawa dikandung badan.

Tidak malukah kita jika ditanya di akhirat, apa yang kita sumbangkan selama hidup di dunia ini? Masa kita dihabiskan untuk apa? Harta kita dibelanjakan ke mana? Allahu, masa ini terlalu singkat untuk kita laksanakan tugas sebagai khalifah. Tak mengapa, Allah tengok usaha bukannya hasil. Hasil hanyalah sebagai bonus untuk kita. Jadi, pilihan di tangan kita. Tunggu apa lagi sahabat? Ayuh, masih tidak terlambat.



1 comment:

Unknown said...

1xbet - Best Bet in 1xBet - Download or Install for Android
1xbet is 1xbet login the best betting app in the world created for esports. It wooricasinos.info is a one of 토토사이트 the safest and casinosites.one most trusted names septcasino among players. It offers a user friendly interface