Saturday, May 11, 2013

wanita ISLAM




Assalamualaikum,pagi-pagi dah bukak fb jumpa gambar ni. Menarik ! tidak semulia Khadijah. Ya,saiditina Siti Khadijah sangat mulia,sebab isteri kepada Rasulullah insan yang mulia. Ahlul bait baginda. Selalu kita dengar yang saiditina Khadijah pinang Rasulullah,memang betul,tapi kita kena tahu kronologi dia. Cara saiditina Khadijah meminang tak sama dengan kita sekarang. Hamba lelakinya,Maisarah merisik peribadi Rasulullah. Apabila dikhabarkan tentang ketinggian peribadi Rasulullah wanita mulia ini terus menyatakan hasratnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Munabbih(bertujuan memelihara martabat malu seorang wanita). Segala urusan walimatul urus mereka menggunakan ORANG TENGAH yang dipercayai iaitu bapa-bapa saudara masing-masing. Ya,Siti Khadijah amat mulia sehinggakan Siti Aisyah merasa cemburu kerana nama Siti Khadijah sering meniti di bibir Rasulullah s.a.w..

Tidak setaqwa Aisyah. Ya,Siti Aisyah sangat bertaqwa. Mereka bernikah saat aisyah umur 9 tahun,muda sangat-sangat. Aisyah pun tidak tahu apa-apa waktu tu,lepas di ijab kabulkan,Aisyah diberitahu yang Rasulullah itu suaminya,dia malu2,kemudian Rasulullah menariknya dalam pelukan baginda. Indahnya hidup bersyariat. Aisyah pernah difitnah,itulah fitnah terbesar sehinggakan ada yang menghasut baginda agar ceraikan Aisyah. MasyaAllah. Kisah tentang fitnah tu boleh baca kat laman web ni

Tidak setabah Fatimah. Ya,Fatimah sangat tabah. Fatimah anak perempuan kepada insan mulia Rasulullah. Sangat tabah terutamanya waktu kewafatan baginda. Bayangkan,insan mulia yang menenggelamkan zaman jahiliyah,tegakkan syiar Islam,sangat-sangat mulia,peribadi tinggi ingin tinggalkan dunia yang fana ini. Sedangkan sahabat-sahabat baginda pun sudah menangis teresak-esak,Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya pun berasa amat sedih. MasyaAllah,tak boleh gambarkan perasaan mereka. Inikan pula Fatimah anak kandung Rasulullah s.a.w,bagaimana agaknya perasaan Fatimah? Semoga Allah merahmati baginda dan ahlul bait. Aamiin.

Tidak sekaya Balqis. Ya,Balqis sangat kaya. Punya istana sendiri,punya kerajaan sendiri,punya pengikut sendiri. Balqis permaisuri hati Nabi Sulaiman selepas keislamannya. Balqis seorang yang amat kaya dan kuat pegangannya terhadap tuhan matahari akhirnya akur dengan kebenaran agama Allah setelah terpegun dengan mukjizat Nabi Sulaiman kurniaan Allah S.W.T..

Tidak secantik Zulaikha. Ya,Zulaikha sangat cantik. Sehinggakan Nabi Yusof yang kuat imannya hampir tergoda dengan godaan Zulaikha. Zulaikha permaisuri kepada al-Aziz,pembesar Mesir.

Srikandi-srikandi Islam tak kan luput selama-lamanya in shaa Allah. Benar,kita hanyalah wanita akhir zaman yang penuh dengan khilaf,tidak terbanding dengan srikandi Islam dahulu. Jika kita perlu berjihad(berperang) fisabilillah,bersediakah kita? Bersediakah kita dari segi mental.fizikal,rohani? Mampukah kita? Terlalu banyak persoalan. Sebab itu kita perlu ubah dari sekarang,rawat hati kita dulu. In shaa Allah,bukan setakat dapat jadi isteri yang solehah saja,tapi lebih dari itu. Syurga itu milik Allah,kita penghuninya in shaa Allah. Aamiin ^_^

Minta maaf kalau ade salah silap,kalau ade apa-apa yang terlebih ke terkurang ke,tolong tegur. Sekian,Wasalam.

No comments: