Sunday, September 8, 2013

Orientation Week in UPSI ~

Salam 'alaikum. Post kali ni kira selingan jugak la, saya dengan berbesar hatinya nak share pengalaman sepanjang proses menjadi anak kandung suluh budiman di UPSI. Apa? Bakal cikgu? Ohh, sila jangan salah faham sebab kos yang saya dapat bukan pendidikan punya. Kalau orang cakap saya cikgu pun saya senyum je.

better than kad matrik KMPk

Officially one of student in UPSI. Muka bangganya dekat kad matrik ni, okey abaikan :) Saya bertolak dari Taiping dengan family sehari sebelum hari pendaftaran yakni pada 31 Ogos, eh merdeka?

overall barang yang dibawa

menyempat lagi dengan kakak
Sampai je bandar Tanjung Malim kitorang check in hotel Sahara Inn, letak semua barang then cari jalan nak ke kampus baru UPSI. Finally jumpa, tapi sepanjang jalan tu kakak dengan adik tanya "Mana mall? Pizza ke, KFC ke, McD ke, Oldtown tak ada ke?". Nampak tak diorang perli kat situ. Tak dinafikan sepanjang jalan tu hutan je, tapi saya tak kisah sebab saya tak berapa gemar kalau dekat sangat dengan tempat bersosial. Nanti asyik nak keluar je kononnya pergi beli barang.

beratur nak daftar ^ _^

1 September, hari pendaftaran masanya sudah tiba. Nasib baik dapat sesi pagi, jalan tak jem alhamdulillah. Dah dapat kunci bilik tengok-tengok dapat aras 3 lagi. Dulu kat matrik pun aras 3. Tapi bersyukur at least bukan aras 4 okey. Very nice view from my house, buka je tingkap nampak masjid dan banjaran titiwangsa. Eh, memang kitorang panggil rumah sebab 1 rumah ada 3 bilik, 1 bilik ada 2 orang. Roomate saya namanya Zulaikha. Orangnya baik, pembersih, kemas, minat korea, kos Kesusateraan Melayu,dan yang paling penting dia layan je perangai saya yang agak gila-gila ni. Penghuni rumah yang lain Nabilah, kak Maisarah(same course with me), kak Syafiqah dan Atikah.

mak, abah, adik
semua penat, panas terik
dari tingkap bilik, sini selalu hujan
Lepas zohor ikut family pergi pekan Tanjung Malim beli tikar dengan penyidai baju untuk letak dalam bilik. Alhamdulillah terima kasib abah. Dalam pukul 3 lebih sampai je bilik tak sempat dah nak mandi tukar baju terus pergi auditorium untuk slot yang seterusnya. Orientasi under UPSI hanya berjalan 3 hari sahaja sebab pihak atasan nak buat preparation untuk Istiadat Konvokesyen ke-15. Mula-mula dalam audi kitorang duduk je bercampur-campur, hari kedua orientasi kena ikut kos masing-masing. Alhamdulillah dapat coursemate yang perangai lebih kurang, semua gila-gila. Waktu slot ramah mesra under Fakulti agak malu sebab majoriti lelaki, tapi buat tengin je. Kos saya bilangan lelaki dan perempuan adalah sama cuma lelaki lebih seorang. Alhamdulilllah pensyarah kata kos kitorang tak ada amali sangat. You know right when sport science student have to do amali, baju dengan tudung kena tuck-in.

Then we proceed to orintation under KUO9Kolej Ungku Omar). Memang best sangat kakak-kakak dan abang-abang RSK(rakan suai kenal). Diorang baik, peramah, suka membantu, selalu tersenyum, ukhuwah antara diorang pun kuat sangat. Tapi pada malam akhir kitorang ber-orientasi dengan diorang, tiba-tiba diorang naik angin marah-marah. Siapa yang datang lewat ke dewan gemilang malam tu semua kena berdiri dekat depan, alhamdulillah saya tak lewat. Ada dua orang abang ni masya-Allah kuat betul suara diorang. Dah rasa macam pergi kem askar. Sebenarnya saya tak berapa gemar tengok lelaki marah tengking-tengking. Tambah-tambah kalau lelaki tengking pada perempuan. Tapi nasib baiklah sebab dulu dekat sekolah masuk Kadet Polis selalu pergi camping dan dah terbiasa dengan keadaan macam ni. Memang waktu kena marah tu teringat balik waktu zaman sekolah dulu, rindunya. Pada masa tu jugaklah terasa diri ni didisiplinkan balik dan semangat terus membara *cewah. Ada certain student merungut sebab kena marah. Itu sebab tak sedia dari segi mental dan fizikal. Lagi 1 kita kena sentiasa husnu dzon(bersangka baik). Fikir positif je, memang banyak pengajaran yang saya dapat waktu kena "ceramah" tu. Rupa-rupanya diorang cuma berlakon je, hehe.

Hari jumaat tak ada apa-apa aktiviti. So, lepas subuh tu siap-siap nak tunggu bas dengan housemate dan Aishah(masjid-mate), kitorang nak melawat kampus lama. Ohh, saya kenal Aishah dekat tangga masjid. Baik, lemah lembut, sopan santun, animation course. So, officially Aishah ialah masjid-mate saya dan selalu ke masjid dengan dia. Okey, pukul 9 pagi kitorang naik bas 9.30 baru sampai ke kampus lama. Kitorang tawaf kampus lama tu sampai pukul 11 pagi sebab amatlah besar. Tujuan kitorang ke kampus lama sebab nak cari kelas masing-masing waktu kuliah nanti, cari awal-awal senang.

dari kiri : Aisyah, Atikah, Kak Iqa, Nabila, Kak Mai

Kak Mai kelentong ape la tu :D

eh, menyempat lagi si Atie ni
Pukul 11 pagi kitorang menapak pulak ke pekan Tanjung Malim dalam 15 minit daripada kampus lama. Eh, tershopping pulak dekat situ.

makan dulu, perut tu penting !
nasi ayam dengan sirap laici RM 7. ????

bergambar dengan pakcik KFC

Dah penat berjalan kitorang patah balik ke kampus lama, naik bas pukul 2.30 petang untuk balik ke kampus baru. Bas kitorang namanya bas kiffah ataupun shuttle bas.


inilah hasil selama dua jam menapak Tanjung Malim

RM 10.50

my favourite, kudapan dalam bilik
Okey, cerita pulak tentang masjid di UPSI ni, teramatlah cantik. Saya selalu ambil shot-shot yang sangat cantik selepas hujan. Dekat UPSI ni memang selalu hujan, lepastu dekat banjaran titiwangsa selalu diseliputi kabus tebal. Memang indah sangat-sangat. Saya suka sangat tempat ni sebab kena dengan jiwa saya yang suka pada warna hijau ni. Alhamudulillah dapat buat short ta'aruf dengan ukhti-ukhti senior RaPI(Rakan Pusat Islam). Semuanya baik belaka. In shaa Allah kalau ada rezeki boleh la join RaPI, benda yang paling saya nanti-nantikan bila masuk U.

baru lepas hujan, macam masjid atas bukit

waktu maghrib

Hari sabtu pula lepas subuh siap-siap pakai baju dengan tudung putih dan kain hitam untuk bacaan ikrar. Masuk je dewan semua seragam. Tapi yang paling tak bestnye boleh pulak mengantuk waktu tu. Orang bagi talk dekat depan yang kita ni tersengguk-sengguk dekat belakang. Sampaikan kawan sebelah namanya Farah cakap "Teruk sangat zati punya mengantuk ni." Dia asyik gelak je, dah rasa macam kartun pulak bila terkejut dari tidur cepat-cepat berdiri sebab semua orang dah berdiri. Itulah akibatnya bila tak cukup tidur, memang jadi zombie la jawabnya. Sepanjang slot orientasi pun kalau ramai student tak masuk audi lagi saya dengan kawan-kawan akan ambil kesempatan untuk tidur dulu. Bukan kitorang je, ramai lagi yang tidur. Kadang-kadang boleh jadi satu barisan kitorang kepala terlentok dekat kerusi, bak kata orang tidur berjema'ah. Lepas je habis bacaan ikrar student UPSI secara automatiknya saya menjadi anak kandung suluh budiman dan mata yang mengantuk tiba-tiba segar. Eh? Lepastu tiba-tiba pula ada gimik lagi sekali kitorang kena marah dengan senior. Tapi student KUO dah tau dah semua tu gimik belaka sebab kitorang dah kena sebelum tu. Peace senior :D

psikologi sains sukan

sebelah kak Mai tu kembar Tiz Zaqyah

dengan Farah

Farah memang suka bergambar :-)

Hari ahad yakni hari minggu. Lepas subuh tidur balik sebab terlampau mengantuk, badan sengal-sengal implikasi daripada berjalan jauh di pekan Tanjung Malim. Bangun-bangun je tengok tinggal sorang je dalam rumah. Roomate pergi tawaf kampus baru. Housemate yang lain semua pergi kampus lama ada pengambilan untuk SISPA(sukarelawan siswa siswi pertahanan awam). Teringin juga nak join SUKSIS(sukarelawan polis siswa siswi). Tapi kalau join, tak boleh ambil kokurikulum yang lain sebab jam kredit dah cukup. So, tak jadilah nak join SUKSIS sebab dekat sekolah dulu dah merasa. Untuk kokurikulum in shaa Allah saya nak masuk silat cekak, memanah dan belajar tajwid.

Lepas je waktu zohor turun kafe lunch dengan Aishah, then kitorang tawaf kampus baru. Tengok persiapan konvokesyen, ada RTM datang. In shaa Allah khamis malam jumaat minggu ni Ustaz Kazim Elias datang untuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam live in UPSI, jangan lupa tengok. :D

langit gelap je, angin kuat

curi-curi tangkap dari belakang

Malam pula ada Gegar Raya Aidilfitri under KUO, dapat makan free. Ada nasi tomato, nasi impit kuah kacang, nasi beriani, bihun sup dll. Ada cabutan bertuah siapa yang datang awal, tapi kitorang lambat hehe.



yang tudung kuning tu my roomate Zulaikha

muka kenyang



hasil daripada kitorang

dikir barat pun ada

selagi tak keluar dewan ini lah kerja nya

Alhamdulillah setakat ni boleh harungi lagi kehidupan di U, mungkin akan banyak lagi ujian dan dugaan. Moga-moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Aamiin ~




Pesanan Mahabbah : Jangan cepat melatah dalam hidup ni, sentiasa menuntut ilmu walau di mana kita berada. Sebabnya ilmu tu lebih berharga daripada seisi alam. Ilmu akan bertambah jika digunakan, tapi harta akan berkurang jika digunakan.

syukran untuk segalanya ^^
Hadis riwayat Tarmizi dan Muslim: daripada Amru bin Maimun: Nabi: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.






Tuesday, August 27, 2013

Kedudukan Wanita sebelum ISLAM ~


Assalamualaikum. Pernah tak kita terfikir apakah taraf wanita pada zaman dahulu? Mari kita imbas balik kedudukan wanita sebelum Islam.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Yunani

Bangsa Yunani terkenal sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan kebudayaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dalam peradaban dan kebudayaan bangsa-bangsa lain pada zamannya.Tetapi, dalam sistem sosial masyarakat Yunani waktu itu, kaum wanita sama sekali tidak memiliki kedudukan atau posisi yang layak.

Terdapat juga beberapa kepercayaan daripada kaum lelaki terhadap kaum wanita, iaitu :
  • sumber segala penyakit dan bencana
  • sebagai makhluk yang paling rendah
  • tidak mahu berada di satu meja makan bersama kaum wanita
  • tidak ubah seperti pelayan dan hamba
Kemudian, pandangan mereka berubah seiring perjalanan waktu. Dorongan syahwat dan nafsu kebinatangan mendorong mereka untuk memberikan kebebasan kepada kaum wanita yang berupa dalam hal-hal berunsurkan seks semata-mata. Tamsilannya, wanita pelacur dan penzina pada waktu itu dianggap memiliki kedudukan yang tinggi. Bangsa Yahudi tidak lagi peduli dan menghormati norma pernikahan, kerana wanita hanyalah komoditi yang tidak berharga dan boleh dikuasai sesiapa pun.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Rom

Undang-undang dan sistem sosial mereka sangat menzalimi, merendahkan dan menindas kaum wanita. Kaum lelaki mempunyai hak mutlak terhadap keluarganya. Dia bebas memperlakukan isterinya sesuka hati, bahkan dalam keadaan tertentu, dia boleh membunuh isterinya. Kaum wanita dianggap sebagai pemuas nafsu syahwat lelaki.

Akhirnya, eksploitasi dan pencabulan hak wanita merebak di mana-mana. Maruah wanita dijatuhkan! Sedangkan Islam amat menjaga maruah wanita meski wanita itu sudah meninggal. Bangsa Rom juga mempunyai tradisi mudah cerai meskipun atas sebab yang remeh. Hal ini menyebabkan para wanita mudah bertukar-tukar pasangan tanpa rasa berdosa atau malu.

Kardinal Gerum
Kardinal Gerum(340-420M) pernah mengungkapkan bahawa terdapat seorang wanita yang berkahwin untuk kali yang ke-23 dan pada masa yang sama dia merupakan isteri ke-21 kepada suaminya yang terakhir.

Wanita dalam Struktur Bangsa Parsi

Bangsa Parsi mewujudakan undang-undang zalim yang menindas hak-hak wanita. Mereka mengenakan hukuman yang berat kepada wanita meskipun kesalahan yang kecil, sedangkan kaum lelaki memiliki kebebasan tanpa batas. Bahkan apabila seseorang wanita mengulangi kesalahannya,dia harus dihukum bunuh.

Seorang wanita dilarang berkahwin dengan lelaki yang bukan penganut ajaran Zoroaster, sedangkan lelaki mempunyai kebebasan untuk bertindak apa sahaja sebab lelaki adalah raja. Ketika haid wanita harus diasingkan dan dihantar ke tempat yang jauh di luar kota di mana tiada seorang pun boleh bergaul dengannya, selain pelayan yang menyediakan makanan untuknya.

Wanita dalam Struktur Masyarakat Cina

Masyarakat Cina hidup dalam kekacauan dan kebiadaban. Liar tanpa norma serta jauh daripada pola kehidupan manusia yang semestinya. Saling berpasangan tanpa peraturan dan rasa malu. Anak-anak hanya mengenal ibu-ibu mereka tanpa mengenal siapa ayah mereka. 

Hanya lelaki yang memiliki peranan, di mana kaum wanitanya tidak mempunyai sebarang hak pewaris. Wanita dianggap sebagai makhluk rendah yang hanya akan merosakkan kebahagian dan kekayaan.

Wanita dalam Hemat Masyarakat India

Wanita diperlakukan sebagai hamba dan kaum lelaki sebagai tuannya, sehingga pada masa yang sama, seorang wanita tetap menjadi anak milik bapanya, isteri milik suaminya dan terhadap anak-anaknya wanita seolah-olah sebagai janda.

Masyarakat India mempunyai kepercayaan bahawa wanita adalah sumber dosa, kerosakan akhlak dan kehancuran jiwa. Wanita tidak mempunyai hak hidup setelah kematian suaminya, maksudnya di sini wanita hendaklah turut dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya.

Tradisi Membakar Isteri
Setelah cahaya Islam menerangi India, wanita dibebaskan daripada lumpur yang hitam kerana Islam menenggelamkan tradisi kejam tersebut dan mengecamnya.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Yahudi

Wanita dianggap sebagai makhluk yang hina dan rendah. Anggapan bangsa Yahudi terhadap wanita : 

  • sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli di pasar-pasar
  • hak-hak mereka dirampas dan tidak boleh menerima harta warisan yang berbentuk harta bergerak
  • wanita sebagai salah satu pintu neraka
  • menyebabkan lelaki terjerumus dalam perbuatan dosa
  • wanita sebagai pemacu timbulnya pelbagai bencana yang menimpa
  • wanita sebagai makhluk terkutuk kerana Hawa yang menyesatkan Adam sehingga tergelincir dari syurga
  • ketika haid, wanita sama sekalai tidak boelh didekati sama sekali termasuklah tidak diajak makan bersama dan dilarang menyentuh perabot-perabot rumah.
  • tika haid, wanita diasingkan di dalam sebuah khemah yang mana makanan dan minuman untuknya cukup diletakkan di hadapan khemah
  • wanita diberi kebebasan hanya untuk menjadi pelacur, dianggap proses penyucian, melakukannya di tempat-tempat ibadah sebagai usaha mendekatkan diri kepada tuhan
  • pendeta-pendeta Yahudi yang melakukan perzinaan bersama wanita pelacur dengan alasan pembebasan daripada dosa-dosa mereka
Wanita dalam Hemat Orang Kristian

Munculnya Kristian di Eropah bertujuan untuk membasmi kemerosotan akhlak dan kemungkaran di kalangan masyarakat Eropah yang sudah ke tahap membimbangkan.

Para pemimpin mereka akhirnya menemuai beberapa pandangan yang kononnya dapat dijadikan terapi ampuh. Tetapi, pandangan mereka tidak menghasilkan apa-apa selain hasil penolakan kerana terlalu ekstrem dan bertentangan dengan fitrah manusia(tak masuk dek akal).

Pandangan Pemimpin Kristian terhadap Wanita
  • wanita adalah sumber maksiat dan asal usul kejahatan dosa
  • wanita adalah pintu neraka bagi lelaki, kerana mereka menyebabkan lelaki terjerumus ke dalam dosa
  • perosak peraturan Allah dan pemusnah martabat lelaki
Mereka menganggap hubungan seksual merupakan perbuatan kotor yang harus dijauhi walaupun dengan cara yang benar (pernikahan). Hidup membujang ialah ukuran ketinggian akhlak seseorang. Merka juga menidakkan keupayaan wanita dan penceraian tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan, sekalipun berlaku permusuhan dan pertengkaran yang hebat.

Wanita dalam Pandangan Masyarakat Arab Jahiliah

Tidak boleh menerima harta warisan, kerana dalam tradisi mereka, orang yang berhak memperoleh harta warisan hanyalah mereka yang sanggup berperang dan mampu melindungi anak-anak. Boleh memiliki beberapa orang isteri tanpa batas dan penceraian juga tidak ada nilainya. Daripada Ummul Mukminin Aisyah, dia berkata: "Sesungguhnya perkahwinan di zaman jahiliah ada 4 bentuk."

Pertama
Seorang lelaki datang untuk menemui lelaki lain untuk meminang seorang wanita yang ada di bawah perwaliannya atau anak perempuannya sendiri. Kemudian, lelaki tersebut memberi mahar kepada wanita tersebut dan menikahinya. Situasi ini yang kita amalkan sehingga sekarang.

Kedua
Si isteri yang telah suci daripada haidnya disuruh oleh suaminya untuk pergi melakukan hubungan intim dengan lelaki yang lain. Si suami tidak akan menyetubuhi atau menyentuh isteri sehingga si isteri benar-benar hamil hasil daripada hubungannya dengan lelaki lain. Perkahwinan seperti ini dilakukan untuk mendapatkan anak daripada keturunan yang baik(kuat,mulia dan gagah). Ini dinamakan sebagai perkahwinan istibdha'.

Ketiga
Sekumpulan lelaki dibawah 10orang bergilir melakukan hubungan seksa dengan seorang wanita. Apabila wanita itu hamil dan melahirkan anak, dia akan memanggil kesemua lelaki yang berkenaan tanpa seorang daripada mereka yang boleh menolaknya. Wanita itu akan menyebut nama lelaki yang disukainya dan mengatakan anak itu adalah anak lelaki yang disukainya. Lelaki tersebut harus mengakuinya dan tidak boleh menolaknya.

Keempat
Sekumpulan lelaki dalam jumlah yang ramai berkumpul, kemudian mendatangi seorang pelacur. Kebiasannya, pelacur pada zaman ini memasang bendera di pintu kediaman masing-masing sebagai tanda. Apabila salah seorang mereka hamil dan melahirkan anak, mereka semua kan berkumpul dan memaggil seorang dukun. Seterusnya mereka akan menisbatkan bayi itu kepada seorang lelaki berdasarkan pengamatan si dukun. Lelaki itu perlu mengakuinya dan tidak boleh menolaknya.

Riwayat ini jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak manusia pada zaman jahiliah. Di samping itu, seorang lelaki Arab zaman jahiliah apabila isterinya melahirkan seorang anak perempuan, akan merah padamlah wajahnya kerana menahan malu, marah dan sedih bagaikan sebuah malapetaka besar yang menimpanya. Al-Quran telah membuktikan keadaan ini dalam Surah al-Nahl ayat 58 hingga 59,juga surah al-Takwir ayat 8 hingga 9.

Dalam soal menanam anak perempuan hidup-hidup,mereka mempunyai alasan dan motivasi yang berbeza-beza. Contohnya, ingin menjaga kehormatan dan bimbang berlaku sesuatu yang mengaibkan kerana merka merupakan kaum yang gemar berperang dan melakukan serangan. Kemungkinan anak perempuan yang mereka menjadi tawanan musuh sehingga si ayah mendapat aib yang sangat memalukan.

Bani Tamim dan Bani Kandah merupakan kabilah yang paling terkenal dengan amalan menanam anak perempuan hidup-hidup. Kabilah Rubai'ah merupakan kabilah pertama yang melakukan amalan ini. Selain itu, alasan mereka melakukan amalan ini kerana kesulitan mencari rezeki atau disebabkan kemiskinan hidup. Hal ini dibuktikan sekali lagi dalam al-Quran dalam surah al-An'am ayat 151 dan juga surah al-Isra' ayat ke 31. Kecacatan anak juga merupakan salah satu faktor kepada amalan ini.

Begitulah serba sedikit pencerahan tentang kedudukan wanita sebelum Islam. Nauzubillahi min zalik. Bersyukurlah kerana masih ada cahaya Islam dalam diri kita. Bersyukurlah kerana Islam sangat menjaga, menghormati dan menyanjungi wanita. Ingatlah, Rasulullah tidak pernah berkasar terhadap wanita. Betapa mulianya hati baginda. Allahummasolli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala alihisaiyidina Muhammad. Semoga dapat kita mermperkasakan diri kita lagi untuk menjadi hamba yang sentiasa diredhaiNya. Aamiin ~

Sumber rujukan : Buku ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH terbitan TELAGA BIRU


Wednesday, May 29, 2013

Hidup ISLAM , Hancur KAFIR LAKNATULLAH !

Assalamualaikum,post kali ni saya rasa wajib dibaca oleh semua umat Islam sebab amat penting bagi kita untuk ambil tahu dan laksanakanNya. Harap kita sebagai saudara seagama tidak pandang enteng akan hal dunia ini sebab antara doa yang tiada hijab dengan Allah adalah doa orang yang dizalimi. Jadi,berusaha yang termampu cuma untuk saudara seislam kita yang berjihad fisabilillah. Allhuakbar !

Khalil Ismail al-Haya,ketua Whip HAMAS berkata : "Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

-Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan masjid al-Aqsa.

-Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

-Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

-Selama lebih daripada 60 tahun,kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.

-Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah,dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

-Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

-Kami akan terus memastikan prinsip umat Islam akan terus dijulang.

-Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

-Jikalau kami gugur syahid,dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.

-Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

-Kami tidak akan reda terhadap kelesuam dan kebisuan anda semua."

In shaa Allah,semoga post kali ini memberi manfaat kepada semua yang membaca post ini. Saya ambil kata-kata ketua Whip HAMAS ini daripa buku motivasi PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL karya USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Karyanya sangat hebat,buku nipis,hanya 88m/s. In shaa Allah boleh habis dalam masa sehari sahaja. Sama-sama kita bina peribadi mulia untuk Allah , Rasul , dan pemilik cinta kita selepas Allah & Rasul. Wallahua'lam. Allah sayang kita semua :)

Saturday, May 11, 2013

wanita ISLAM




Assalamualaikum,pagi-pagi dah bukak fb jumpa gambar ni. Menarik ! tidak semulia Khadijah. Ya,saiditina Siti Khadijah sangat mulia,sebab isteri kepada Rasulullah insan yang mulia. Ahlul bait baginda. Selalu kita dengar yang saiditina Khadijah pinang Rasulullah,memang betul,tapi kita kena tahu kronologi dia. Cara saiditina Khadijah meminang tak sama dengan kita sekarang. Hamba lelakinya,Maisarah merisik peribadi Rasulullah. Apabila dikhabarkan tentang ketinggian peribadi Rasulullah wanita mulia ini terus menyatakan hasratnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Munabbih(bertujuan memelihara martabat malu seorang wanita). Segala urusan walimatul urus mereka menggunakan ORANG TENGAH yang dipercayai iaitu bapa-bapa saudara masing-masing. Ya,Siti Khadijah amat mulia sehinggakan Siti Aisyah merasa cemburu kerana nama Siti Khadijah sering meniti di bibir Rasulullah s.a.w..

Tidak setaqwa Aisyah. Ya,Siti Aisyah sangat bertaqwa. Mereka bernikah saat aisyah umur 9 tahun,muda sangat-sangat. Aisyah pun tidak tahu apa-apa waktu tu,lepas di ijab kabulkan,Aisyah diberitahu yang Rasulullah itu suaminya,dia malu2,kemudian Rasulullah menariknya dalam pelukan baginda. Indahnya hidup bersyariat. Aisyah pernah difitnah,itulah fitnah terbesar sehinggakan ada yang menghasut baginda agar ceraikan Aisyah. MasyaAllah. Kisah tentang fitnah tu boleh baca kat laman web ni

Tidak setabah Fatimah. Ya,Fatimah sangat tabah. Fatimah anak perempuan kepada insan mulia Rasulullah. Sangat tabah terutamanya waktu kewafatan baginda. Bayangkan,insan mulia yang menenggelamkan zaman jahiliyah,tegakkan syiar Islam,sangat-sangat mulia,peribadi tinggi ingin tinggalkan dunia yang fana ini. Sedangkan sahabat-sahabat baginda pun sudah menangis teresak-esak,Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya pun berasa amat sedih. MasyaAllah,tak boleh gambarkan perasaan mereka. Inikan pula Fatimah anak kandung Rasulullah s.a.w,bagaimana agaknya perasaan Fatimah? Semoga Allah merahmati baginda dan ahlul bait. Aamiin.

Tidak sekaya Balqis. Ya,Balqis sangat kaya. Punya istana sendiri,punya kerajaan sendiri,punya pengikut sendiri. Balqis permaisuri hati Nabi Sulaiman selepas keislamannya. Balqis seorang yang amat kaya dan kuat pegangannya terhadap tuhan matahari akhirnya akur dengan kebenaran agama Allah setelah terpegun dengan mukjizat Nabi Sulaiman kurniaan Allah S.W.T..

Tidak secantik Zulaikha. Ya,Zulaikha sangat cantik. Sehinggakan Nabi Yusof yang kuat imannya hampir tergoda dengan godaan Zulaikha. Zulaikha permaisuri kepada al-Aziz,pembesar Mesir.

Srikandi-srikandi Islam tak kan luput selama-lamanya in shaa Allah. Benar,kita hanyalah wanita akhir zaman yang penuh dengan khilaf,tidak terbanding dengan srikandi Islam dahulu. Jika kita perlu berjihad(berperang) fisabilillah,bersediakah kita? Bersediakah kita dari segi mental.fizikal,rohani? Mampukah kita? Terlalu banyak persoalan. Sebab itu kita perlu ubah dari sekarang,rawat hati kita dulu. In shaa Allah,bukan setakat dapat jadi isteri yang solehah saja,tapi lebih dari itu. Syurga itu milik Allah,kita penghuninya in shaa Allah. Aamiin ^_^

Minta maaf kalau ade salah silap,kalau ade apa-apa yang terlebih ke terkurang ke,tolong tegur. Sekian,Wasalam.

Friday, May 10, 2013

HIJRAH

Assalamualaikum... Hijrah? Perubahan dari kurang baik kepada lebih baik,erti hijrah :) Saya juga begitu,anda juga begitu. Kita perlu berhijrah,bukan sekali. blog saya pun berhijrah,dulu tanpa pengisian,mulai sekarang in shaa Allah akan penuh dengan pengisian untuk kita semua.


Macam yang saya kata tadi saya juga berhijrah,bila kita kata hijrah,maknanya kita mesti pernah lalui zaman jahiliyah. Tapi rasanya kita tak perlu nak cerita kisah hitam hidup kita atau orang lain kepada umum. Sebab bila kita kata jahiliyah maknanya mesti perkara yang tidak elok. Tak mengapa kawan-kawan,bila kita buat perkara elok mesti Allah akan tolong kita.


tolong,jangan takut untuk berubah. mana yang lebih penting? pandangan Allah atau pandangan manusia? diri kita sendiri yang akan tanggung segala perbuatan kita di dunia ini dekat akhirat nanti. pilihlan syurga atau neraka? tak susah untuk susah,tak senang untuk senang. Wallahuaklam ~