Tuesday, August 27, 2013

Kedudukan Wanita sebelum ISLAM ~


Assalamualaikum. Pernah tak kita terfikir apakah taraf wanita pada zaman dahulu? Mari kita imbas balik kedudukan wanita sebelum Islam.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Yunani

Bangsa Yunani terkenal sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan kebudayaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dalam peradaban dan kebudayaan bangsa-bangsa lain pada zamannya.Tetapi, dalam sistem sosial masyarakat Yunani waktu itu, kaum wanita sama sekali tidak memiliki kedudukan atau posisi yang layak.

Terdapat juga beberapa kepercayaan daripada kaum lelaki terhadap kaum wanita, iaitu :
  • sumber segala penyakit dan bencana
  • sebagai makhluk yang paling rendah
  • tidak mahu berada di satu meja makan bersama kaum wanita
  • tidak ubah seperti pelayan dan hamba
Kemudian, pandangan mereka berubah seiring perjalanan waktu. Dorongan syahwat dan nafsu kebinatangan mendorong mereka untuk memberikan kebebasan kepada kaum wanita yang berupa dalam hal-hal berunsurkan seks semata-mata. Tamsilannya, wanita pelacur dan penzina pada waktu itu dianggap memiliki kedudukan yang tinggi. Bangsa Yahudi tidak lagi peduli dan menghormati norma pernikahan, kerana wanita hanyalah komoditi yang tidak berharga dan boleh dikuasai sesiapa pun.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Rom

Undang-undang dan sistem sosial mereka sangat menzalimi, merendahkan dan menindas kaum wanita. Kaum lelaki mempunyai hak mutlak terhadap keluarganya. Dia bebas memperlakukan isterinya sesuka hati, bahkan dalam keadaan tertentu, dia boleh membunuh isterinya. Kaum wanita dianggap sebagai pemuas nafsu syahwat lelaki.

Akhirnya, eksploitasi dan pencabulan hak wanita merebak di mana-mana. Maruah wanita dijatuhkan! Sedangkan Islam amat menjaga maruah wanita meski wanita itu sudah meninggal. Bangsa Rom juga mempunyai tradisi mudah cerai meskipun atas sebab yang remeh. Hal ini menyebabkan para wanita mudah bertukar-tukar pasangan tanpa rasa berdosa atau malu.

Kardinal Gerum
Kardinal Gerum(340-420M) pernah mengungkapkan bahawa terdapat seorang wanita yang berkahwin untuk kali yang ke-23 dan pada masa yang sama dia merupakan isteri ke-21 kepada suaminya yang terakhir.

Wanita dalam Struktur Bangsa Parsi

Bangsa Parsi mewujudakan undang-undang zalim yang menindas hak-hak wanita. Mereka mengenakan hukuman yang berat kepada wanita meskipun kesalahan yang kecil, sedangkan kaum lelaki memiliki kebebasan tanpa batas. Bahkan apabila seseorang wanita mengulangi kesalahannya,dia harus dihukum bunuh.

Seorang wanita dilarang berkahwin dengan lelaki yang bukan penganut ajaran Zoroaster, sedangkan lelaki mempunyai kebebasan untuk bertindak apa sahaja sebab lelaki adalah raja. Ketika haid wanita harus diasingkan dan dihantar ke tempat yang jauh di luar kota di mana tiada seorang pun boleh bergaul dengannya, selain pelayan yang menyediakan makanan untuknya.

Wanita dalam Struktur Masyarakat Cina

Masyarakat Cina hidup dalam kekacauan dan kebiadaban. Liar tanpa norma serta jauh daripada pola kehidupan manusia yang semestinya. Saling berpasangan tanpa peraturan dan rasa malu. Anak-anak hanya mengenal ibu-ibu mereka tanpa mengenal siapa ayah mereka. 

Hanya lelaki yang memiliki peranan, di mana kaum wanitanya tidak mempunyai sebarang hak pewaris. Wanita dianggap sebagai makhluk rendah yang hanya akan merosakkan kebahagian dan kekayaan.

Wanita dalam Hemat Masyarakat India

Wanita diperlakukan sebagai hamba dan kaum lelaki sebagai tuannya, sehingga pada masa yang sama, seorang wanita tetap menjadi anak milik bapanya, isteri milik suaminya dan terhadap anak-anaknya wanita seolah-olah sebagai janda.

Masyarakat India mempunyai kepercayaan bahawa wanita adalah sumber dosa, kerosakan akhlak dan kehancuran jiwa. Wanita tidak mempunyai hak hidup setelah kematian suaminya, maksudnya di sini wanita hendaklah turut dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya.

Tradisi Membakar Isteri
Setelah cahaya Islam menerangi India, wanita dibebaskan daripada lumpur yang hitam kerana Islam menenggelamkan tradisi kejam tersebut dan mengecamnya.

Wanita dalam Pandangan Bangsa Yahudi

Wanita dianggap sebagai makhluk yang hina dan rendah. Anggapan bangsa Yahudi terhadap wanita : 

  • sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli di pasar-pasar
  • hak-hak mereka dirampas dan tidak boleh menerima harta warisan yang berbentuk harta bergerak
  • wanita sebagai salah satu pintu neraka
  • menyebabkan lelaki terjerumus dalam perbuatan dosa
  • wanita sebagai pemacu timbulnya pelbagai bencana yang menimpa
  • wanita sebagai makhluk terkutuk kerana Hawa yang menyesatkan Adam sehingga tergelincir dari syurga
  • ketika haid, wanita sama sekalai tidak boelh didekati sama sekali termasuklah tidak diajak makan bersama dan dilarang menyentuh perabot-perabot rumah.
  • tika haid, wanita diasingkan di dalam sebuah khemah yang mana makanan dan minuman untuknya cukup diletakkan di hadapan khemah
  • wanita diberi kebebasan hanya untuk menjadi pelacur, dianggap proses penyucian, melakukannya di tempat-tempat ibadah sebagai usaha mendekatkan diri kepada tuhan
  • pendeta-pendeta Yahudi yang melakukan perzinaan bersama wanita pelacur dengan alasan pembebasan daripada dosa-dosa mereka
Wanita dalam Hemat Orang Kristian

Munculnya Kristian di Eropah bertujuan untuk membasmi kemerosotan akhlak dan kemungkaran di kalangan masyarakat Eropah yang sudah ke tahap membimbangkan.

Para pemimpin mereka akhirnya menemuai beberapa pandangan yang kononnya dapat dijadikan terapi ampuh. Tetapi, pandangan mereka tidak menghasilkan apa-apa selain hasil penolakan kerana terlalu ekstrem dan bertentangan dengan fitrah manusia(tak masuk dek akal).

Pandangan Pemimpin Kristian terhadap Wanita
  • wanita adalah sumber maksiat dan asal usul kejahatan dosa
  • wanita adalah pintu neraka bagi lelaki, kerana mereka menyebabkan lelaki terjerumus ke dalam dosa
  • perosak peraturan Allah dan pemusnah martabat lelaki
Mereka menganggap hubungan seksual merupakan perbuatan kotor yang harus dijauhi walaupun dengan cara yang benar (pernikahan). Hidup membujang ialah ukuran ketinggian akhlak seseorang. Merka juga menidakkan keupayaan wanita dan penceraian tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan, sekalipun berlaku permusuhan dan pertengkaran yang hebat.

Wanita dalam Pandangan Masyarakat Arab Jahiliah

Tidak boleh menerima harta warisan, kerana dalam tradisi mereka, orang yang berhak memperoleh harta warisan hanyalah mereka yang sanggup berperang dan mampu melindungi anak-anak. Boleh memiliki beberapa orang isteri tanpa batas dan penceraian juga tidak ada nilainya. Daripada Ummul Mukminin Aisyah, dia berkata: "Sesungguhnya perkahwinan di zaman jahiliah ada 4 bentuk."

Pertama
Seorang lelaki datang untuk menemui lelaki lain untuk meminang seorang wanita yang ada di bawah perwaliannya atau anak perempuannya sendiri. Kemudian, lelaki tersebut memberi mahar kepada wanita tersebut dan menikahinya. Situasi ini yang kita amalkan sehingga sekarang.

Kedua
Si isteri yang telah suci daripada haidnya disuruh oleh suaminya untuk pergi melakukan hubungan intim dengan lelaki yang lain. Si suami tidak akan menyetubuhi atau menyentuh isteri sehingga si isteri benar-benar hamil hasil daripada hubungannya dengan lelaki lain. Perkahwinan seperti ini dilakukan untuk mendapatkan anak daripada keturunan yang baik(kuat,mulia dan gagah). Ini dinamakan sebagai perkahwinan istibdha'.

Ketiga
Sekumpulan lelaki dibawah 10orang bergilir melakukan hubungan seksa dengan seorang wanita. Apabila wanita itu hamil dan melahirkan anak, dia akan memanggil kesemua lelaki yang berkenaan tanpa seorang daripada mereka yang boleh menolaknya. Wanita itu akan menyebut nama lelaki yang disukainya dan mengatakan anak itu adalah anak lelaki yang disukainya. Lelaki tersebut harus mengakuinya dan tidak boleh menolaknya.

Keempat
Sekumpulan lelaki dalam jumlah yang ramai berkumpul, kemudian mendatangi seorang pelacur. Kebiasannya, pelacur pada zaman ini memasang bendera di pintu kediaman masing-masing sebagai tanda. Apabila salah seorang mereka hamil dan melahirkan anak, mereka semua kan berkumpul dan memaggil seorang dukun. Seterusnya mereka akan menisbatkan bayi itu kepada seorang lelaki berdasarkan pengamatan si dukun. Lelaki itu perlu mengakuinya dan tidak boleh menolaknya.

Riwayat ini jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak manusia pada zaman jahiliah. Di samping itu, seorang lelaki Arab zaman jahiliah apabila isterinya melahirkan seorang anak perempuan, akan merah padamlah wajahnya kerana menahan malu, marah dan sedih bagaikan sebuah malapetaka besar yang menimpanya. Al-Quran telah membuktikan keadaan ini dalam Surah al-Nahl ayat 58 hingga 59,juga surah al-Takwir ayat 8 hingga 9.

Dalam soal menanam anak perempuan hidup-hidup,mereka mempunyai alasan dan motivasi yang berbeza-beza. Contohnya, ingin menjaga kehormatan dan bimbang berlaku sesuatu yang mengaibkan kerana merka merupakan kaum yang gemar berperang dan melakukan serangan. Kemungkinan anak perempuan yang mereka menjadi tawanan musuh sehingga si ayah mendapat aib yang sangat memalukan.

Bani Tamim dan Bani Kandah merupakan kabilah yang paling terkenal dengan amalan menanam anak perempuan hidup-hidup. Kabilah Rubai'ah merupakan kabilah pertama yang melakukan amalan ini. Selain itu, alasan mereka melakukan amalan ini kerana kesulitan mencari rezeki atau disebabkan kemiskinan hidup. Hal ini dibuktikan sekali lagi dalam al-Quran dalam surah al-An'am ayat 151 dan juga surah al-Isra' ayat ke 31. Kecacatan anak juga merupakan salah satu faktor kepada amalan ini.

Begitulah serba sedikit pencerahan tentang kedudukan wanita sebelum Islam. Nauzubillahi min zalik. Bersyukurlah kerana masih ada cahaya Islam dalam diri kita. Bersyukurlah kerana Islam sangat menjaga, menghormati dan menyanjungi wanita. Ingatlah, Rasulullah tidak pernah berkasar terhadap wanita. Betapa mulianya hati baginda. Allahummasolli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala alihisaiyidina Muhammad. Semoga dapat kita mermperkasakan diri kita lagi untuk menjadi hamba yang sentiasa diredhaiNya. Aamiin ~

Sumber rujukan : Buku ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH terbitan TELAGA BIRU


No comments: